fbpx
Now Reading
Hanya 10 Bulan Berumah Tangga, A Aida Bercerai Kali ke-empat

Hanya 10 Bulan Berumah Tangga, A Aida Bercerai Kali ke-empat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penerbit drama Datuk A Aida, mengaku sudah bercerai talak satu pada 25 April lalu selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga.

A Aida yang mendirikan rumah tangga buat kali keempat dengan pelakon Ariff Aziz memaklumkan perkara itu dalam majlis Sesi Hati Ke Hati Bersama Datuk A Aida di sebuah hotel, di sini, hari ini.

A Aida atau nama lengkapnya, Zaidah Awang berkata, dia memfailkan permohonan cerai pada 4 April lalu, sebelum disahkan berpisah pada 25 April lalu di Mahkamah Syariah Gombak Timur, di sini.

“Saya anggap jodoh kami tidak panjang dan akur dengan ketentuan ini. Siapa yang kahwin mahu bercerai-berai,” katanya yang turut ditemani peguamnya, Zulkifli Che Yong.

A Aida berkata, dia mengambil keputusan untuk membuat penjelasan berhubung perkara itu bagi mengelak salah faham, sekali gus meleraikan spekulasi mengenai status dia dan bekas suami.

“Hidup mesti diteruskan dan saya kini, ingin memberi fokus kepada tiga anak, selain perniagaan baharu iaitu produk kecantikan dan pakaian senaman.

“Saya harap penjelasan ini dapat meleraikan segala spekulasi mengenai status kami,” katanya.

Pasangan itu mula berkenalan ketika Ariff menjayakan beberapa projek drama di bawah produksi A Aida pada 2015, namun bibit cinta mula bersemi sejak awal tahun lalu.

Melihat budi baik, sikap bertanggungjawab dan sempurna pegangan agama, Aida terbuka hati menerima lamaran Ariff, seterusnya mendirikan rumah tangga pada 21 Julai lalu.

Ariff sebelum itu, membuat kejutan dengan melamar Aida di sebuah restoran Arab di ibu negara dengan memberi sebentuk cincin.

A Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng pada 1994, tetapi bercerai pada 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 22, dan Wan Azevanatassha, 17.

Dia seterusnya mendirikan rumah tangga dengan pegawai polis, Sufian Sulaiman pada 2007, namun berpisah pada 2013. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 10.

Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan seorang anggota polis, namun butiran mengenai perkahwinan keduanya itu tidak dijelaskan.

Sumber : Harian Metro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.