fbpx
Now Reading
Geng Penyek Roti Family Mart Serah Diri

Geng Penyek Roti Family Mart Serah Diri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Viral baru baru ini tindakan seorang remaja yang sengaja merosakkan makanan di kedai serbaneka Family Mart, suspek dan dua rakannya sudah tampil menyerah diri

Kat family mart Nilai negeri sembilan dah hodoh pastu bodoh plak.

Posted by GAGS Malaysia on Thursday, 20 June 2019

Seorang pengguna Twitter, Aqilah Kamal memuat naik sekeping gambar ketiga-tiga remaja berkenaan yang kelihatan sudah berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

Menerusi satu kenyataan remaja itu, dia mendakwa sudah membayar makanan yang dirosakkan sebelum melakukan perbuatan tersebut.

Walau bagaimanapun, pengurus kedai serbaneka itu menafikan bahawa remaja berkenaan telah membeli makanan di outletnya.

Menerusi laporan mStar Online, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Marzukee Besar turut mengesahkan ketiga-tiga mereka sudah ditahan.

“Mereka mengaku melakukan perbuatan itu dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

“Kita juga akan mengemukakan permohonan reman terhadap mereka bagi siasatan lanjut,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi hampir seminit yang dirakam oleh salah seorang rakannya tular di laman media sosial dan menerima pelbagai kecaman netizen.

Sumber : Aqilah Kamal

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.