fbpx
Now Reading
Tersalah Sebut Tajuk Lagu Semasa Mengacara, Neelofa Tak Buat ‘Homework’?

Tersalah Sebut Tajuk Lagu Semasa Mengacara, Neelofa Tak Buat ‘Homework’?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/By6yipBhkuk/

Pengacara Noor Neelofa tersalah menyebut tajuk lagu yang dianggapnya adalah nyanyian kumpulan nasyid Raihan semasa siaran langsung program Meletop baru-baru ini.

Pada minggu tersebut, Raihan bersama penyanyi, pelakon dan pengacara Aliff Satar hadir sebagai tetamu undangan.

“Kalau macam lagu Sepohon Kayu,” kata Neelofa.

Alif membalas dengan memberitahu lagu Sepohon Kayu bukan nyanyian kumpulan Raihan.

“Sepohon Kayu bukan lagu Raihan,” katanya sambil menahan ketawa.

Manakala pelawak Nabil Ahmad seronok membahan Neelofa pada malam itu.

“Aku ada bahan sekarang. Aku ada bahan yang boleh dipakai sampai minggu depan,” kata Nabil.

Perkongsian video itu telah dimuat naik menerusi akaun rasmi Instagram (IG) Meletop.

Namun video tersebut mendapat respon lain di Twitter apabila video tersebut menunjukkan Neelofa sebagai pengacara yang tidak membuat ‘homework’ terlebih dahulu sebelum mengacarakan rancangan.


Sekadar info, Sepohon Kayu adalah nyanyian daripada kumpulan nasyid Saujana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.