fbpx
Now Reading
Aliff Aziz Tatu Nama ‘Bella’ di Dada, Ini Penjelasan Sebenar

Aliff Aziz Tatu Nama ‘Bella’ di Dada, Ini Penjelasan Sebenar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/BzCD8t-Hp8l/https://www.instagram.com/p/BzC7Q10nILZ/

Nampaknya nama penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz terus menjadi bualan ramai apabila gambarnya tidak berbaju dengan tatu berukir nama bekas isterinya, Bella Astillah tular di laman Twitter.

Memetik BH Online, Aliff yang dihubungi berkata ukiran nama tersebut dihasilkan daripada inai, namun enggan untuk mengulas lebih lanjut mengenai gambar tersebut.

“Bukan tatu. Itu adalah inai,” kata Aliff ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Dalam pada itu, menerusi akaun Instagram pelukis inai yang menggunakan nama Leahenna Artist, dia mengakui bahawa dia yang bertanggungjawab melukis ukiran tersebut.

Jelasnya lagi, gambar itu juga adalah gambar lama sebelum Bella dan Aliff Aziz berkahwin lagi dan ketika itu Bella berada di China.

“Itu inai hitam. Abang sis lukiskan untuk Aliff Aziz masa dia datang lepak rumah sis. Bukan tatu betul tu, ni gambar dah lama sebelum Bella dan Aliff Aziz kahwin. Bella masa ni di China.

“Tak tahula Kak Lea kalau kau ada buat tatu baru dik @aliffaziz91.

“Tapi nak jelaskan yang ni sebab kenal sangat gambar ni. Tu karpet dan kaki abang aku tu,” tulisnya.

Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016, namun disahkan bercerai talak satu pada 16 Mei lalu selepas berdepan pelbagai kontroversi. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean, yang kini berusia dua tahun.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.