fbpx
Now Reading
Gadis Cipta Sejarah Jadi Jurukimpal Dalam Air Wanita Pertama Di Malaysia

Gadis Cipta Sejarah Jadi Jurukimpal Dalam Air Wanita Pertama Di Malaysia

Baru-baru ini telah tular satu kisah kejayaan seorang gadis berusia 22 tahun yang dikatakan berjaya menjadi Jurukimpal dalam air wanita yang pertama di Malaysia.

Gadis yang dikenali sebagai Nur Izzati Athirah Mohamad Yusoff diberi pujian oleh masyarakat kerana baru berusia 22 tahun, tetapi telah berjaya membuat kerja-kerja welding di tengah laut.

Seperti yang ramai tahu, kerja-kerja kimpalan bawah air adalah salah satu pekerjaan yang amat berbahaya dan melibatkan kerja dalam persekitaran berisiko dengan keterlihatan minimum

Oleh itu, pemilihan kerjaya seperti ini amatlah memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Ia juga merupakan sesuatu yang pelajar dari Kolej Vokasional Taiping ini buktikan bahawa dia boleh melakukannya walaupun dia adalah seorang perempuan.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh New Straits Times, antara kerja-kerja pengimpal bawah air ini merupakan membaiki kapal, empangan, talian paip, rig pengeboran pesisir, kunci dan habitat sub-laut.

Nur Izzati dikatakan mempunyai impian untuk menceburi kerjaya kimpalan bawah air ketika dia masih bergelar seorang pelajar di Kolej Vokasional Taiping di Kamunting, Taiping, Perak.  Malah, dia juga merupakan satu-satunya pelajar wanita yang mempelajari bidang kimpalan di kolej tersebut pada tahun 2013.

“Ketika masih kecil, saya sangat suka untuk mencuba sesuatu yang baru dan cuba untuk melepasi limit diri sendiri. Ia merupakan sifat semulajadi saya.” – Nur Izzati.

Nur Izzaty menjelaskan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh New Straits Times pada tahun lepas bahawa dia tidak pernah suka untuk bermain dengan boneka. Tidak seperti gadis yang lain sewaktu kecil. Dia juga mengaku bahawa dia merupakan seorang wanita yang bersifat kasar dan agak lasak. Malah, dia sering bermain dengan rakan-rakan lelaki ketika di kampung.

See Also

Tambahannya lagi, cita-citanya adalah untuk menjadi seorang askar ketika kecil. Namun, semuanya berubah selepas dia menghadiri lawatan ke lapangan Pusat Latihan Weldzone

Setelah itu, dia kemudian memutuskan untuk mengambil kursus ini dan sejak itu juga dia turut menjadi penolong pengajar di pusat tersebut.

Sumber : SAYS

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.