fbpx
Now Reading
Pelawak Terkenal Diberkas Polis

Pelawak Terkenal Diberkas Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelawak terkenal tanah air diberkas polis bersama dua rakannya yang didapati terbabit dalam kes pergaduhan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pelawak berusia 40-an itu diarah menjalani ujian air kencing setelah polis menjumpai paket berisi dadah dari salah seorang suspek wanita yang juga ditahan dan merupakan kenalan pelawak terbabit.

Sumber polis berkata, pelawak terbabit diberkas sekitar jam 6 petang kelmarin di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras.

Menurutnya, polis sebelum itu menerima laporan berhubung kes pergaduhan di dalam hotel itu sebelum bergegas ke lokasi.

Pihak polis kemudian menahan pelawak senior terbabit bersama seorang lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 30-an di lobi hotel di Kuala Lumpur.

Siasatan telah mendapati bahawa pelawak terbabit mempunyai empat rekod jenayah membabitkan dadah selain dikehendaki polis berhubung kes di Hulu Klang, Selangor.

Sumber: Metro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.