Now Reading
Bapa Zahid AF2 Berjaya Dikesan

Bapa Zahid AF2 Berjaya Dikesan

Baru-baru ini, penyanyi Zahid Baharuddin, 39 Zahid memohon bantuan orang ramai untuk mengesan kereta jenis Proton Preve Silver bernombor plat DCS 6092 dipandu bapanya di sekitar Teluk Intan, Perak.

Selepas 12 jam menghilang, bapanya telah ditemui di Grik, Perak, kira-kira 10.30 malam ini.

Bekas juara program realiti popular Akademi Fantasia (AF) musim kedua itu bersyukur atas penemuan bapanya Baharuddin Md Arif. Zahid berterima kasih kepada pengguna Twitter yang mengulang kicau catatan mengenai kehilangannya sejak pagi tadi.

“Thank u warga Twitter! Papa saya dah dijumpai di Grik, Perak. Terima kasih yang membantu ‘retweet’ Twitter saya sepanjang hari ni.

“Alhamdulillah dia ok,” katanya menerusi catatan di laman Twitternya @zahidbaharuddin.

See Also

Menurut Zahid, bapanya keluar kira-kira jam 11 pagi tadi tanpa pengetahuan ibunya yang berada dalam rumah.

Sumber: BH Online

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.