fbpx

Maya Karin Nafi Jadi Punca Penceraian Nik Nazmi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon jelita, Maya Karin, baru-baru ini mengaku mengenali Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad. Namun begitu, dia menafikan mempunyai kaitan dengan kes perceraian ahli politik itu semalam.

“Saya berkawan dengan ramai ahli politik. Pada usia saya sekarang, saya lebih selesa untuk berkenalan dan berbincang dengan golongan tersebut. Dan ya, saya kenal dia (Nik Nazmi).

“Tetapi saya tidak tahu daripada mana datangnya cerita ini dan kenapa saya dikaitkan.

“Saya berharap mereka (Nik Nazmi dan bekas isteri) dapat menghadapi dugaan itu dan teruskan menjalani kehidupan,” kata Maya Karin memetik laporan Utusan Malaysia.

Maya Karin berkata demikian apabila ditanya mengenai khabar angin yang mengaitkan beliau sebagai orang ketiga dalam perceraian Nik Nazmi dengan isterinya, Dr. Imaan Abdul Rahim.

Heroin filem Pontianak Harum Sundal Malam yang sering dikaitkan dengan ahli politik termasuklah bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau tidak akan melenting kerana sudah lali dengan gosip seperti itu.

“Dakwaan sebegini tidak membuatkan saya melenting atau rasa apa-apa. Saya sudah lali,” ujarnya sambil tertawa.

Nik Nazmi, 37, dilaporkan bercerai talak satu dengan Imaan, 36, di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber: Sinar Harian

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.