fbpx
Now Reading
Imigresen Bali Hantar Pulang Pelancong Mengemis Ke Kedutaan

Imigresen Bali Hantar Pulang Pelancong Mengemis Ke Kedutaan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalau korang ke bandar Melaka, Pulau Pinang atau Kuala Lumpur, mesti dah selalu tengok geng-geng backpackers ni menyanyi sambil meminta sedekah atau dana untuk mereka pulang dan meneruskan perjalanan ke negara asal.

Ada yang menyanyi, ada yang melukis, ada yang membuat kraftangan, kadang sampai bersepah di kaki lima lokasi-lokasi tarikan pelancong. Kalau di Malaysia, ada juga beberapa aduan telah dibuat ke atas kumpulan ini

Berbeza pula di Bali, pihak imigresen di sana telah mengarahkan supaya kumpulan backpackers yang datang melancong dan seterusnya meminta sedekah dari kalangan orang tempatan, akan dihantar pulang ke kedutaan negara masing-masing.

Setyo Budiwardoyo, pegawai dari Pejabat Imigrasi Ngurah Rai berkata terdapat peningkatan dikalangan pelancong asing yang membawa masalah sewaktu melancong di negara tersebut.

“Akhir-akhir ini, kami telah lihat banyak kes pelancong bermasalah sama ada dari Australia,British, ataupun Rusia. Jalan yang terbaik adalah dengan menghantar mereka ke kedutaan masing-masing untuk pemerhatian dan juga pengawasan”.

Sebelum ini, pihak Indonesia pernah membantu para pelancong yang kehabisan duit dengan memberi penginapan serta makanan. Namun, pihaknya mula curiga akan niat pelancong tersebut yang sengaja berpura-pura dalam kesusahan.

Masalah backpacking ini bukan sahaja terjadi di Bali, Indonesia, malah turut berlaku di negara-negara Asia yang lain. Pemantauan dan tindakan perlu diambil bagi mengelakkan ianya terus berleluasa.

Sumber: Next Shark

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.