fbpx
Now Reading
Netizen Kagum Gadis Ayu Bunuh Ular Sampai Penyek

Netizen Kagum Gadis Ayu Bunuh Ular Sampai Penyek

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehadiran ‘tetamu tidak diundang’ dalam rumah adalah perkara yang paling dirisaukan oleh semua orang, contohnya seperti binatang berbisa kerana boleh mendatangkan bahaya.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang gadis memuat naik gambar berkongsi kisah dimana rumahnya dimasuki seekor ular tedung.

Gadis yang dikenali dengan nama pena @ybmisai97 di laman Twitter itu berkata, kehadiran ular tersebut muncul pada waktu salah ketika emosinya kurang stabil kerana bergaduh dengan teman lelaki.

Bercerita pada hari kejadian, binatang itu masuk ke dalam rumah dan ingin mematuk anak buahnya sebelum bertindak untuk membunuh ular tersebut.

Disebabkan kawasan perumahan miliknya berada di kawasan kampung, maka tidak hairan sekiranya rumah dia sering dimasuki pelbagai binatang berbisa.

Image

Gambar yang dikongsi telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata daripada mereka terkejut dan tidak percaya dengan keberanian dia yang membunuh binatang itu seorang diri.

Selain itu, gadis berkenaan turut memaklumkan bahawa beliau mempunyai lesen bagi memelihara haiwan eksotik. Jadi bukan niatnya untuk membunuh ular tersebut dengan sengaja.

Image

Sumber: Twitter

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.