Now Reading
Kad Sim Khas Disediakan Untuk Jemaah Haji Malaysia

Kad Sim Khas Disediakan Untuk Jemaah Haji Malaysia

Pihak Lembaga Tabung Haji(TH) dengan kerjasama Mobily akan menyediakan perkhidmatan kad sim prabayar kepada jemaah haji negara ini bagi kemudahan menghubungi keluarga ketika berada di Tanah Suci nanti.

Difahamkan, setiap jemaah haji akan diberikan satu kad prabayar sebelum berangkat menunaikan haji yang bakal tiba tidak lama lagi.

Menurut kenyataan TH, jemaah haji dikehendaki membawa kad itu dan lencana pengenalan diri untuk mengaktifkan kad sim prabayar tersebut di Mekah serta Madinah.

“Petugas Mobily akan mengimbas jari jemaah haji di kaunter yang dibuka di setiap bangunan penginapan. Bagi yang ingin menggunakan kad prabayar syarikat telekomunikasi lain, pendaftaran sudah diselaraskan dengan hanya menunjukkan lencana pengenalan diri masing-masing,” tulisnya.

“Ia bagi memudahkan lagi urusan sedia ada kerana pasport mereka akan diambil dan diserahkan kepada pihak Muassasah ketika tiba di Arab Saudi,” katanya.

Gambar sekadar hiasan

Menurut kenyataan itu, peraturan kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan setiap jemaah haji mempunyai satu talian juga perlu dipatuhi.

See Also

“Selepas pengaktifan kad prabayar Mobily dilakukan, jemaah haji perlu menambah nilai kredit kepada akaun yang didaftarkan bagi mendapatkan 2GB (Gigabyte) data percuma selama tiga hari mengikut keperluan masing-masing,” jelasnya.

“Kiosk Mobily di bangunan penginapan juga menyediakan perkhidmatan tambah nilai dan gantian kad sim,” tambahnya.

Sumber: Harian Metro

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.