fbpx
Now Reading
Nor Diana, Ahli Gusti Berhijab Pertama di Dunia

Nor Diana, Ahli Gusti Berhijab Pertama di Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/BmzV5a6HGQp/

Biarpun bertudung, itu bukan halangan untuk gadis ini mengejar cita-citanya untuk bergelar ahli gusti!

Dikenali sebagai Nor ‘Phoenix’ Diana, 19, kini menjadi tumpuan netizen kerana imejnya yang kelihatan seperti tidak sepadan dengan sukan yang diceburinya.

Di luar pengetahuan umum, Diana mula menceburi bidang lasak sejak berusia 14 tahun lagi.

Minat dalam sukan itu semakin bercambah berikutan kegemarannya bermain permainan video gusti bersama adiknya.“Ketika berusia 15 tahun, saya mula mencari persatuan gusti Malaysia dalam talian dan saya terjumpa MYPW yang sebelum ini dikenali dengan nama Persatuan Gusti Malaysia.

“Saya memutuskan untuk menyertai dan berlatih bersama mereka bagi merealisasikan impian saya sebagai penggusti profesional,” ujarnya ketika ditemubual portal The Sun Daily.

undefined

Memilih nama Phoenix sebagai nama pentas, panggilan itu tercetus apabila pergi ke kedai pakaian terpakai dan membeli seluar serta topi kulit untuk dipadankan bersama baju.

“Ketika itulah jurulatih memberi arahan untuk membawa watak seolah-olah Phoenix. Pada masa yang sama jurulatih memberi saya topeng luchador untuk dikenakan,” ujarnya lagi.

Berkongsi satu foto meraikan kemenangannya di Instagram, Diana berjaya merangkul gelaran Wrestlecon Champion setelah tiga tahun berhempas-pulas.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua yang menyokong saya dan MyPW.

“Apa langkah seterusnya? Ini baru sahaja permulaan. Tidak ada orang yang belum tahu apakah kemampuan sebenar Nor ‘Phoenix’ Diana. Inilah juara baru, permulaan kepada satu era baru,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen di Instagram.

undefined

Diana sebelum ini pernah bergusti sambil memakai topeng untuk menyembunyikan wajahnya sebelum mendedahkan identitinya kepada umum pada tahun 2018.

Sumber :Astro Awani.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.