fbpx
Now Reading
‘Brazilian Wax’ Haram Dilakukan Kerana Mendedahkan Aurat

‘Brazilian Wax’ Haram Dilakukan Kerana Mendedahkan Aurat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, menegaskan bahawa Brazilian wax tidak wajar dilakukan oleh umat Islam kerana membabitkan pendedahan aurat terutamanya semasa pembuangan bulu ari-ari dan dilihat orang lain juga adalah haram hukumnya.

“Adapun Brazilian wax yang membabitkan pembuangan bulu di betis, lengan atau dada, maka ia adalah harus sekiranya yang melakukannya adalah staf sama jantina,” ujarnya.

Untuk pengetahuan anda, Brazilian Wax atau Bro-Zillian dan Boy-Zillian membawa maksud rawatan kosmetik membabitkan pembuangan bulu ari-ari lelaki secara sepenuhnya melalui proses disebut ‘waxing’ (pelilinan).

Waxing juga membawa maksud kaedah penanggalan bulu separa kekal yang mencabut keluar bulu badan dari akarnya dengan menggunakan bahan berasaskan lilin (wax) untuk memastikan ia kekal licin selama beberapa minggu.

Menurut Zulkifli, proses Brazilian wax ini menjadi satu perkhidmatan yang dikenakan bayaran kepada mereka yang ingin melakukannya.

Gambar sekadar hiasan

Malah, secara tidak langsung ia membabitkan dua pihak atau dua individu iaitu pelanggan dan staf yang menjalankan proses berkenaan.

Proses Brazilian wax dengan tujuan membuang bulu ari-ari membabitkan dua isu, iaitu aurat dan khalwat.

Tambahnya, haram hukumnya bagi seorang lelaki melihat aurat lelaki lain, begitu juga ada larangan bagi seorang perempuan melihat aurat perempuan lain.

“Sekiranya staf adalah seorang lelaki dan pelanggannya lelaki atau stafnya perempuan dan pelanggannya perempuan, maka sudah pasti akan berlakunya pendedahan aurat dan ini adalah dilarang,” jelasnya.

Gambar sekadar hiasan

“Maka, lebih utama akan pengharaman hal ini apabila proses berkenaan membabitkan staf dan pelanggan yang berlainan jantina,” sambungnya.

“Tambahan pula sekiranya ia dilakukan di dalam bilik khas yang hanya menempatkan staf dan pelanggannya secara berdua. Hal ini adalah perkara yang dilarang di sisi syarak,” tambahnya.

Sumber: Harian Metro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.