fbpx
Now Reading
“Saya harap dia temui kebahagiaan selepas ini” – Betty Banafe Sah Bercerai

“Saya harap dia temui kebahagiaan selepas ini” – Betty Banafe Sah Bercerai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Betty Banafe mengakui sah bercerai dengan suaminya, Bruce Dargus pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, selepas tujuh tahun berkahwin.

Menurut laporan Kosmo! Online, Betty atau nama penuhnya, Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe berkata, keputusan untuk berpisah dibuat selepas lebih setahun hidup berasingan dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

“Apa yang kami putuskan (bercerai) adalah yang terbaik untuk semua pihak termasuk anak-anak.

“Saya dan bekas suami hanya mahu berdepan realiti bahawa kami sudah tiada persefahaman sebagai suami isteri. Memang klise tetapi itulah kebenarannya,” katanya.

Tambah Betty, dia tidak mempunyai sebarang dendam terhadap bekas suami dan berharap lelaki itu bertemu kebahagiaan dengan orang yang lebih baik berbanding dirinya.

“Saya tidak trauma dengan perceraian ini. Bruce bapa yang baik dan penyayang kepada anak-anak. Jadi, saya harap dia temui kebahagiaan selepas ini,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Betty turut memberitahu hak penjagaan anak-anak masih dalam proses perbicaraan mahkamah kerana bekas suami juga menuntut hak tersebut.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012 itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus.

Sumber: Kosmo! Online 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.