fbpx
Now Reading
Thailand Rancang Laksana Caj Insurans Perjalanan Kepada Pelancong

Thailand Rancang Laksana Caj Insurans Perjalanan Kepada Pelancong

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Thailand merupakan negara paling gemar dilawati oleh pelancong dari seluruh dunia termasuklah Malaysia. Tidak dinafikan, melancong di negara jiran berkenaan amat menyeronokkan lagi-lagi jika anda bercuti di pulau-pulau peranginan terkemuka di sana.

Gambar sekadar hiasan

Terbaru, pihak berkuasa Thailand telah merancang untuk melaksanakan undang-undang yang mewajibkan caj insurans perjalanan sebanyak 20 Baht (RM2.70) kepada semua pelancong yang datang ke negara tersebut.

Difahamkan, undang-undang terbaru itu dikatakan akan dilaksanakan pada hujung tahun ini.

Menurut Setiausaha Agung Thailand, Suthiphon Thaveechaiyagarn, setiap pelancong yang memasuki negara berkenaan harus membuat bayaran di imigresen lapangan terbang jika cadangan caj insurans perjalanan itu dipersetujui oleh barisan kabinet.

Selain itu, setiap agensi pelancongan bakal mengenakan caj insurans kepada semua pelanggan mereka untuk tujuan yang sama.

Gambar sekadar hiasan

Untuk pengetahuan anda, caj insurans perjalanan itu dibuat untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan pelancong selain memberi perlindungan kepada pelancong yang datang ke Thailand.

Antara kebaikan caj insurans perjalanan itu adalah ia menawarkan sehingga 1 juta Baht (RM134,944.50) perlindungan untuk kes kematian dalam tempoh sebulan.

Sumber: The Vocket & Bangkok Post

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.