fbpx
Now Reading
Sahabat Sahkan Rihana Oksana Sudah Bercerai

Sahabat Sahkan Rihana Oksana Sudah Bercerai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B0Bnj6YlZDx/

Seorang sahabat kepada model jelita dari Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko mengesahkan bahawa wanita itu sudah bercerai dengan Sultan Muhammad V.

Menurut kenyataan Tatyana Andreeva kepada akhbar Komsomolskaya Pravda, Rihana Oksana sudah kembali ke Rusia untuk menyertai pertandingan Ratu Cantik Rusia pada 26 Jun lalu.

“Dia menyertai pertandingan ini dan sudah pun bercerai. Kini dia menetap di Moscow,” katanya menerusi laporan yang disiarkan Daily Mail Online di sini semalam.

Bagaimanapun, peguam kepada Rihana Oksana mendakwa wanita itu tidak menerima sebarang dokumen rasmi berhubung perceraiannya.

Jelas, Evgeny Tarlo, berita mengenai perceraian itu sekadar khabar angin yang disebarkan media.

“Kami tidak menerima sebarang dokumen rasmi. Kami tidak tahu apa-apa,” katanya

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan Rihana, 26, telah diceraikan talak tiga berdasarkan satu sijil perceraian rasmi yang sudah mendapat kelulusan Mahkamah Syariah Kelantan.

Istana Kelantan turut mengeluarkan kenyataan yang menegaskan bahawa tiada sesiapa yang boleh digelar sebagai Raja Perempuan Kelantan tanpa pengumuman Istana.

Kenyataan rasmi itu juga memaklumkan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra ialah Tengku Mahkota Kelantan manakala Tengku Anis Tengku Abdul Hamid digelar Raja Perempuan Tengku Anis.

Difahamkan dengan kenyataan rasmi Istana Kelantan itu, ia sekali gus menafikan dakwaan oleh seorang individu menerusi akaun Instagramnya bahawa anaknya merupakan bakal Putera Mahkota Kelantan.

Pihak Istana Kelantan turut mengesa rakyat tidak mudah mempercayai maklumat daripada media sosial dan difahamkan ia merujuk kepada penyebaran pelbagai kisah melibatkan Sultan Muhammad V menerusi Instagram itu sejak kebelakangan ini.

Semalam Rihana Oksana telah memuat naik satu video yang tertera dirinya dan Sultan Kelantan di temu ramah dalam bahasa Inggeris.

SUMBER : Sinar Harian

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.