fbpx
Now Reading
Empat Remaja Pijak Al-Quran Ditahan

Empat Remaja Pijak Al-Quran Ditahan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, telah viral satu video dimana empat remaja perempuan memijak al-Quran di Kampung Gobek Gual Ipoh, Tanah Merah. Hari ini, polis Kelantan berjaya menahan kesemua empat remaja itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Wan Khairuddin Wan Idris berkata, kesemua remaja berumur antara 17 dan 18 tahun itu ditahan di rumah masing-masing antara pukul 10 malam hingga 12 tengah malam. Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian dikatakan berlaku di tepi jalan dekat jambatan Kusial Lama, Tanah Merah, kira-kira pukul 2.30 petang, 13 Julai lepas.

“Kejadian tersebut berlaku apabila remaja perempuan berumur 17 tahun yang memijak al-Quran itu telah diugut oleh dua lagi remaja berusia 18 tahun untuk mengetahui adakah dia pernah melakukan hubungan seks dengan teman lelaki seorang daripada remaja berkenaan.

“Remaja itu menafikan telah melakukan hubungan seks sebaliknya dipaksa melakukan sumpah dengan cara memijak al-Quran bagi mengukuhkan penafian tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Walau bagaimanapun, kejadian itu diketahui oleh kakak kepada suspek yang memijak al-Quran itu selepas melihat rakaman di dalam telefon sebelum bertindak membuat laporan polis kira-kira pukul 9 malam.

Beliau berkata, kesemua suspek termasuk yang membuat rakaman video berkenaan telah ditangkap dan direman bermula hari ini hingga Ahad ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana menghina agama.

Sumber: Awani

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.