fbpx
Now Reading
Aksi Budak Meniarap Atas Kereta Dalam Siasatan Polis
Atas Kereta , budak atas kereta , Taman Scientex , Pasir Gudang , Polis , Polis Johor

Aksi Budak Meniarap Atas Kereta Dalam Siasatan Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Insiden dimana  budak meniarap atas cermin belakang sebuah kereta Toyota Vios yang sedang bergerak di Pasir Gudang kini dalam siasatan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Ismail Dollah, pihaknya menerima aduan daripada seorang pengguna media sosial tentang kejadian tersebut susulan viralnya klip video kejadian yang telah di muat naik di laman Facebook ‘Komuniti Taman Scientex’

‘Perbuatan yang dilakuan mereka dan pemandu adalah berbahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya lain” kata Supt Ismail seperti dilaporkan Star Online.

Polis kini sedang giat mengenal pasti identiti pemandu  dan kanak-kanak yang terlibat dalam insiden berkenaan, dan katanya lagi siasatan dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan itu membahayakan nyawa dan keselamatan diri sendiri serta orang lain.

Beliau turut mengesa orang ramai yang mempunya sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut , untuk menghubungi talian telefon polis negeri di 07-2212999 atau melaporkan kejadian tersebut di mana-mana balai polis berdekatan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.