fbpx
Now Reading
Ayah & Anak Pilot Kini Bahagia Terbang Bersama

Ayah & Anak Pilot Kini Bahagia Terbang Bersama

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kisah seorang ayah yang juga seorang juruterbang berpengalaman yang nekad berhenti kerja setelah hampir 40 tahun terbang bersama syarikat terbabit telah menarik perhatian warga Twitterjaya.

Tapi kenapa?

Beliau dilaporkan berhenti kerja semata-mata untuk mengejar peluang fly bersama dua lagi anaknya yang juga merupakan juruterbang komersial namun di syarikat yang berbeza.

Tiada yang lebih penting dari impian seorang ayah untuk terbang bersama  anak-anaknya sebelum persaraan sehingga sanggup mengorbankan pangkat sebagai Juruterbang Senior dan waktu penerbangan yang pastinya sudah mencecah ribuan jam dan kini hanya bergelar Juruterbang muda. Tabik Kapten!

Kicauan dari salah seorang anak beliau , Safia Anisa setakat ini sudah mendapat 73 ribu likes dan 53 ribu perbincangan.

Twitterjaya tersentuh hati dengan cerita tersebut dan ramai yang mendoakan segala  yang terbaik untuk mereka bertiga. Apa yang pasti semenjak kicauan ini viral ramai rupanya yang mengenali dan pernah dilatih oleh si Ayah. Satu pencapaian yang sangat membanggakan!

Tahniah kalian bertiga . Semoga terus  maju ke hadapan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.