fbpx
Now Reading
Dicium Harimau Sebanyak 2 Kali Sebelum Ditinggalkan

Dicium Harimau Sebanyak 2 Kali Sebelum Ditinggalkan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ya Tuhan! Matilah aku! Itu yang terdetik  dalam kepala Abdul Fatah Wan A.Rahman  , 68 ,warga emas yang mengalami detik cemas tersungkur berdekatan seekor harimau ketika dalam cubaan melarikan diri dari  binatang pemangsa tersebut.

Tertarik dengan berita tentang kehadiran Harimau ‘Jinak’, Pesara kerajaan itu dikatakan mengajak isteri nya Zarina Ahmad Khan ,59 serta anak mereka ke Kampung Besul , Bukit Besi  sekitar 3 petang untuk melihat haiwan tersebut dengan lebih dekat.

“Ramai orang kampung turun untuk melihat harimau tersebut , jadi kami suami isteri memberanikan diri untuk ke sana “kata Abdul Fatah saat di temuramah pihak media dirumahnya.

Foto : Bernama

Katanya lagi, keadaan yang pada mulanya kelihatan tenang menjadi haruk piruk saat harimau tersebut melompat ke atas dari bawah tebing.  “Semua orang bertempiaran lari, saya turut melarikan diri namun tersadung, saat itulah harimau tersebut menghampiri saya .

“Saya cuba menolak kepala harimau tersebut sebelum bahu saya dijilat sebanyak 2 kali sebelum ia pergi meninggalkan saya.” kata Abdul Fatah. Dia turut menyatakan isterinya ketika kejadian tidak mampu berbuat apa-apa kerana sedang melindungi dua orang anak kecil bagi mengelak ancaman harimau terbabit.

“Saya bersyukur saya masih ok dan hanya mengalami kecederaan kecil di siku dan kaki kiri kerana terjatuh ‘

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.