fbpx
Now Reading
Neelofa Sebak Cerita Pasal Jodoh

Neelofa Sebak Cerita Pasal Jodoh

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B0KjnXEHoTh/https://www.instagram.com/p/ByiMOrYnUp9/?hl=en

Neelofa ,Bekas Juara Dewi Remaja yang merupakan seorang usahawan , pelakon dan pengacara  ini dikatakan hampir menangis ketika menjawab satu soalan berkaitan ‘doa  yang sering membuatkan dia menangis’ yang di ajukan Moderator Sesi Naura Shares edisi Haji di MmCineplex, eCurve.

Dalam keadaan sebak dan mata kelihatan berkaca, Neelofa menjawab

“Setiap kali saya berdoa soal jodoh, setiap kali itu saya pasti menangis. Sejujurnya saya memang rasa sedih. Saya akan menangis setiap kali menitipkan doa mengenai perkara itu, tidak kira masa dan di mana mana saja.

“Saya memohon Allah mengurniakan saya pasangan yang baik bukan sahaja boleh membahagiakan saya, tetapi membahagiakan orang sekeliling saya. Termasuklah keluarga, pihak pengurusan, peminat, rakan media, malah semua orang”

Neelofa yang ditemui selepas tamat sesi rakaman sendiri mengakui tidak pasti apa yang membuatkan dia berasa sedih ketika berdoa tentang jodoh.

“Saya sendiri pun tak tahu mengapa doa terbaik sangat mengusik hati saya. Tetapi sebab saya sering berdoa mengenai perkara itu adalah kerana saya mahu membuat semua orang senang dan bahagia.”


“Bakal pasangan saya juga bakal menjadi perhatian semu pihak. Sehinggakan siapa pasangan saya juga bakal menjadi perhatian semua orang” kata Neelofa yang akan menunaikan haji buat kali ke 2 pada Ogos ini.

Apa-apa pun Selamat menunaikan Haji buat Neelofa. Semoga mendapat haji yang mabrur.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.