Now Reading
Cikgu Add Math Jadikan Subjek Ni Santai Dan Menarik untuk Dipelajari

Cikgu Add Math Jadikan Subjek Ni Santai Dan Menarik untuk Dipelajari

Melainankan anda memang seorang pakar matematik, anda pasti setuju dengan kenyataan semua orang bahawa Add Math adalah satu subjek yang memang  pecah otak.

Namun perkara ini dapat di atasi sekiranya dipertemukan dengan cikgu yang tepat

Kami kenalkan Fathi Hussein , cikgu matematik muda dari cheras yang kini namanya sedang meletop-letop di media sosial. Sebab apa ? Sebab tips dan teknik pembelajaran beliau yang santai tapi ‘padu’ dalam usahanya untuk memudahkan pemahaman pelajar dalam memahiri subjek add math.

Untuk pengetahuan korang, Fathi ni juga salah seorang tenaga pengajar di Astro Tutor TV , saluran pendidikan  ineraktif yang menyasarkan pelajar sekolah terutama calon UPSR , PT3 dan SPM.

Sering kelihatan dengan baju batik, Fathi di akaun IG nya banyak memuat naik Klip video sesi pembelajaran kendalian beliau di Maths Clinic. Salah satu videonya berjaya mendapat 355,000 tinjauan dan 300 komen . Wow! Dah level artis ni. Pengikut IG nya sahaja sudah mencecah 60K

Apa kata korang tengok video-video kat bawah ni, mana tau kalau anda terpikat dan berminat nak join kelas Cikgu Fathi . Boleh follow dan hubungi beliau.

View this post on Instagram

tengok sampai habis utk tau jawapan yg tepat okayy!

A post shared by MFath (@fathihussein) on

Sumber: malaymail

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.