fbpx
Now Reading
Makcik Jual Nasi Lemak Dengan Pendapatan RM 400,000 Sebulan

Makcik Jual Nasi Lemak Dengan Pendapatan RM 400,000 Sebulan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B0Emek2F9XC/

Sebut je Nasi Lemak Saleha , pasti orang Kampung Pandan dan sekitar KL tau . Apa tak Bro! Rasanya memang UMPH!!!! Kalau dilihat dari  Page FB Rasmi mereka sendiri, perniagaan mereka sudah kelihatan sudah cukup kuat  dengan 30,000 Likes.

Jika sebelum ini pelanggan yang berada di sekitar Lembah Kelang boleh memesan Nasi Lemak mereka dengan menggunakan aplikasi penghantaran makanan popular seperti FoodPanda , Grab Food dan jugan Honest Bee. Kini , Nasi Lemak Saleha juga boleh di dapati di 54 rangkaian Shell terpilih sekitar Lembah Klang. Cayalah!

Pn Saleha Abdullah, pemilik Nasi Lemak Saleha pada mulanya hanya bekerja sebagai pembantu kepada Arwah ibu nya. Namun disebabkan minat yang mendalam, Pn Saleha dengan modal RM 3000 dan bantuan suaminya mula mengorak langkah  setapak demi setapak dalam mengembangkan perniagaan kecilnya.

Dari penyediaan 1kg nasi lemak dengan hanya bantuan anak-anaknya sebagai pembantu , Pn Saleha kini boleh menarik nafas lega kerana di belakangnya sudah ada  60 orang tenaga pekerja, lori sendiri  bagi tujuan penghantaran dan yang terbaru bangunan miliknya sendiri yang terletak di Sri Rampai, Setapak .

Bagi anda yang tidak pernah mencuba, dengan hanya RM 1.90 anda boleh mendapatkan  sepinggan nasi lemak siap dengan telur, ikan bilis, timun dan, yang pasti sambalnya yang paling best!

Tahniah Pn Saleha! so korang yang berminat nak berniaga, atau memang yang sudah berniaga, apa kata jadikan cerita Pn Saleha ni sebagai pembakar semangat untuk korang maju ke depan!

sumber: therakyatpost

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.