fbpx
Now Reading
Achey Beri Kejutan Pada Adiknya Buat Netizen Terharu

Achey Beri Kejutan Pada Adiknya Buat Netizen Terharu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/tv/B0Ngaq-gB86/

Pelawak dan juga penyanyi , Achey Bocey telah membuat satu kejutan untuk adik iparnya dengan menghadiahkan sebuah motosikal jenis Kawasaki. Motorsikal tersebut dikatakan memang idaman adik Achey.

Achey yang memuat naik video tersebut di akaun IG TV turut menjelaskan yang kejutan itu adalah sebagai tanda terima kasih Achey kepada adik iparnya, Shafiey kerana telah menjaga ayah  mertuanya dengan sepenuh hati selama setahun. Terdahulu ayah mertua achey telah menghembuskan nafas nya yang terakhir pada malam khamis.

Rata-rata netizen terharu  dan sebak apabila melihat repsons Shafie yang mengalirkan air mata saat menerima ‘si hijau’ tersebut. Ramai juga yang turut memuji sifat kekeluargaan mereka jika dilihat pada komen yang di tinggalkan pada video tersebut.

“Sebak bos..  Apa pun hargailah adik beradik kita walau siapa pun dia, tahnih achey tunjukkan contoh yang baik kepada semua @itshahka
“Terharunya tengok @juzthinarosli
“Sedih pulak saya tengok. Sedih dalam gembira. Tahniah achey sebab memberikan senyuman buat seorang adik @zuhana80

Apa-apa pun mungkin hadiah ini dapat mengembirakan hati Shafiey yang masih lagi bersedih atas kehilangan ayahnya .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.