fbpx
Now Reading
Jangan sesekali sebut anak kita nakal sebelum tahu 5 perkara ini
Kredit: Freepik

Jangan sesekali sebut anak kita nakal sebelum tahu 5 perkara ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/taufiq.razif/posts/2586032448083354

Tiada yang paling indah bagi ibu-bapa selain dari melihat anak mereka membesar di hadapan mata dengan sempurna. Apatah lagi melihat keletah mereka saat bermain terutamanya anak kecil.

Namun pada usia menginjak  3tahun ke atas , mereka ini boleh dikategorikan sedang memasuki fasa baru. Fasa mereka sedang aktif dan ingin mencuba kelainan. Kalau naik kapal terbang pun dah kena bayar full tau !  Namun pada usia menginjak  3tahun ke atas , mereka ini boleh dikategorikan sedang memasuki fasa baru. Fasa mereka sedang aktif dan ingin mencuba kelainan. Kalau naik kapal terbang pun dah kena bayar full tau ! 

Bagi kita orang dewasa,  ini fasa dimana segala cakap atau apa saja larangan lembut kita pasti tak jalan.  Jadi ramai yang mengambil pendekatan mudah dengan memarahi anak mereka.

Tak salah memarahi anak, tapi ada caranya. Perkongsian menarik dari Pakar Parenting iaitu Dr Taufiq Razif diharap dapat membuka mata ibu-bapa dan memahami kenapa anak sebesar ini kadang-kala boleh menjadi begitu nakal.

5 punca tersebut adalah :

1.Boleh jadi anak kita anak kinesthetic yang belajar melalui pergerakan badannya
 
2.Boleh jadi anak kita anak yang aktif yang mana dia sedang mempersiapkan otot dan tubuhnya untuk membesar
 
3.Boleh jadi anak kita tu aktif untuk meluahkan emosi terpendam yang dirasakannya. Aktiviti fizikal tu lah cara paling sihat untuk dia menukarkan emosi negatif kepada emosi positif

4.Boleh jadi anak kita tu melompat ke sana ke sini, berlari dan bermain hanya untuk menenangkan diri. Itulah yang kita namakan sebagai Coping Mechanism

5.Boleh jadi juga kerana ia adalah hasil doa kita yang mahukan anak yang bijak dan cerdas otaknya

Dr Taufiq Razif

Kesimpulannya sekiranya kita sebagai ibu bapa menghadapi masalah seperti ini, jangan mengeluh. Nasihati dan tegurlah mereka secara berhemah. Anda akan nampak perbezaaanya kelak.

Sumber : Siakap Keli

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.