fbpx
Now Reading
Pihak Berkuasa Selamatkan Tapir Sesat
Foto : FMT Malaysia

Pihak Berkuasa Selamatkan Tapir Sesat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika sebelum ini kita heboh bercerita tentang Harimau yang berkeliaran di Terengganu, namun semalam Pertahanan Awam Malaysia  (APM) dilaporkan  berjaya menangkap seekor tapir sesat pula di Taman Lavender, Seremban.

Kejadian yang berlaku pada waktu tengahari itu menggemparkan penduduk tempatan yang kemudiannya terus menghubungi pihak APM.

Pihak APM dengan kekuatan sebanyak 8 orang anggota berjaya menangkap tapir tersebut selepas ia dikatakan terlepas masuk ke dalam sebuah rumah  semasa dalam percubaaan untuk melarikan diri .

“Pada awalnya tapir berkenaan ada di atas jalan raya namun selepas pihak kami yang turut dibantu penduduk cuba menghalau tapir tersebut, ia telah lari ke dalam sebuah rumah”

“Kita terus menutup pagar rumah berkenaan bagi memastikan ia tidak lari ke tempat lain. Setelah itu, kita meletakkan sangkar di tepi rumah dan terus menghalaunya ke belakang rumah. Kita berjaya mengurung haiwan berkenaan setelah ia masuk ke perangkap tersebut”  jelasnya lagi kepada media. Kami di fahamkan haiwan tersebut kini telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Sumber Foto dan Berita: FMT

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.