fbpx
Now Reading
Ini Respons Balas Jakim Mengenai Status Halal Kedai Air Xing Fu Tang

Ini Respons Balas Jakim Mengenai Status Halal Kedai Air Xing Fu Tang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/XFTMALAYSIA/photos/a.1996635353975067/2078750879096847/?type=3&theaterhttps://www.facebook.com/XFTMALAYSIA/posts/2080498765588725

Siapa yang tak pernah minum bubble tea aka boba kan? Melainkan anda memang peminum tegar kopi dan anti-teh lah. Hehe. Kalu scroll je post kat media sosial mesti ada saje  yang memuat naik gamba mereka degan minuman ni. Satu demi satu francais bubble tea tumbuh kat malaysia ni. Pilihan air juga makin banyak.

Namun benda yang paling menarik perhatian netizen kini  selain dari kadar gula di dalam air mereka tak lain dan tak bukan adalah status halal. Bagi memastikan jenama mereka diterima segelinap masyarakat ,baru-baru ini Xing Fu Tang, salah satu jenama yang sedang meningkat naik di Malaysia telah memuat naik satu  kenyataan di media sosial bahawa produk syarikat mereka kini telah mendapat pengiktirafan dari Majlis Ulama Indonesia(MUI)

Posting tersebut yang sepatutnya menjadi daya tarikan bagi menarik pelanggan bagaimana pun berubah menjadi tanda tanya buat para netizen sehinggakan ruangan komen mereka dihujani dengan pelbagai soalan. Sampai kan pihak Xing Fu Tang terpaksa memuat naik satu logi posting di sosial media mereka bagi meyakinkan netizen.

Melihat dari keaadan tersebut , kami difahamkan Siakap Keli telah bertindak pantas dan telah menghubungi sendiri Bahagian Hab Halal JAKIM bagi mendapatkan pencerahan berkaitan isu ini dan hasilnya Pihak JAKIM mengatakan yang premis makan Xing Fu Tang di Malaysia masih belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
“Untuk makluman sehingga hari ini, premis makan Xing Fu Tang di Malaysia masih belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia
 
“Produk yang dikilangkan serta premis makanan yang berada di Malaysia perlu memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan pengguna
 
Usaha murni pihak indusri untuk memperoleh terlebih dahulu sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah pula adalah dialu-alukan.

surat respons yang diterima siakapkeli

Jadi diharap mereka dapatlah sijil halal secepat mungkin . Kami sendiri tak sabar nak cuba air boba milik mereka! Bagi mereka yang yakin silakan manakala bagi yang was-was lebih baik jangan di minum  dahulu. 

Sumber : Siakap Keli & Xing Fu Tang Malaysia

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.