fbpx
Now Reading
Siapa Artis K-Pop Di KLCC?

Siapa Artis K-Pop Di KLCC?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gelombang Korea atau Hallyu memang tak dapat disangkal lagi kekuatannya di Malaysia dan juga sekitar dunia. Bermula dari K-Drama ,Filem bermutu tinggi sampailah era kebangkitan K-Pop

Ok! Bercerita pasal K-Pop, heboh di sosial media beberapa hari yang lalu tentang kelibat 4 gadis comel  siap dengan bodyguard dilihat berlegar-legar di KLCC. Beberapa orang dari mereka kelihatan menggunakan mask bagi menutup muka.

Klip Video Fancam -Elleesya Anuar

Mengikut dari sumber-sumber tertentu, jika dilihat dari cara pemakaian mereka, gadis-gadis ini adalah selebriti dari luar negara. Kelihatan ramai peminat datang serbu mereka untuk bergambar lagi!

Perang saudara sebawang juga mula lah meletus di media sosial, ada yang mengatakan mereka ini artis K-Pop , dan ada yang menyatakan mereka ini dari negara lain. Seronoklah kalau mereka ini artis K-Pop kan!

Yang menariknya, mereka ini dikatakan ada kaitan dengan Syarikat Tune Talk. Kita boleh lihat dari klip berkenaan yang mereka di bawa pergi menggunakan kereta khas milik syarikat telekomunikasi tersebut.

Adakah ada kejutan dari pihak Tune Talk utk kita ? Apa-apa pun sama-sama kita nantikan perkembangan terbaru . Jangan sosial eksperimen sudahlah. Hahaha !

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.