fbpx
Now Reading
Ditegur Netizen Megah Tayang ‘Baby Bump’, Ini Jawapan Kaka Azraff

Ditegur Netizen Megah Tayang ‘Baby Bump’, Ini Jawapan Kaka Azraff

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi Kaka Azraff baru-baru ini memuat naik foto bersama suami tercinta ketika menghadiri festival muzik, Good Vibes Festival yang diadakan pada hujung minggu lalu.

Namun, foto yang dikongsikan oleh Kaka mengundang rasa kurang senang netizen kerana dia berpakaian terlalu ketat sehingga menonjolkan perutnya ataupun ‘baby bump’. Kaka dianggap terlalu megah menayang perutnya.

Mungkin sudah kebal dengan kecaman netizen, Kaka memberitahu dia menerima segala komen. Bagi Kaka, dia merasa teruja dan bangga dengan keadaan perutnya memandangkan ia pengalaman kehamilan pertamanya.

Ini kali pertama saya hamil, sudah tentulah rasa bangga dan teruja bila ada ‘baby bump’ tapi tidaklah sampai sengaja pakai baju yang terlalu ketat untuk tayang perut.

Saya tak nak sorok tapi tak naklah terlalu menunjuk sahaja. Pemakaian saya pada waktu itu hanya mengikut kesesuaian acara.

Kaka mendirikan rumah tangga dengan Adam Azriff pada 14 Disember 2018.

Sumber Berita : mStar Online

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.