fbpx
Now Reading
Dr Mahathir No1 Untuk Senarai Lelaki Paling Di Kagumi Di Malaysia

Dr Mahathir No1 Untuk Senarai Lelaki Paling Di Kagumi Di Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini YouGov, sebuah firma pasaran berpangkalan di UK, telah mengeluarkan satu senarai nama individu paling disanjungi di Malaysia berdasarkan kajian yang di buat secara tahunan.

Pencalonan dikumpulkan dari Panel terpilih dari 41 negara yang turut melibatkan sebanyak 1,075 rakyat negara kita.

Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri kita menggunguli carta buat tahun kedua berturut-turut dengan mendapat 16% undian diikuti oleh Dr Sheikh Muzaffar di tempat ke dua dengan 9% undi. Yang menariknya pelakon kungfu popular Jackie Chan berada di tempat ke 3 dengan undian 7%.

Lagenda Badminton Malaysia yang baru mengumumkan persaraannya baru-baru ini iaitu Dato Lee Chong Wei berada  di tempat ke 6 dengan 6% undi.

Bagi Carta individu wanita pula. Penyanyi no1 negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, sama seperti Tun M, kekal selaku individu wanita paling dikagumi di Malaysia, juga untuk tahun kedua berturut-turut. Tun Dr Siti Hasmah, isteri kepada PM di tempat ke dua diikuti  Datuk Seri Dr Wan Azizah di tempat ke 3. Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof, turut tersenarai di tempat ke 7 manakala yang lain2 nya adalah ikon dr luar negara

Foto : YouGov

Sumber : TheRakyatPost dan YouGov

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.