fbpx
Now Reading
Saya tidak akan melupakan anak-anak ini -Cikgu Inggeris Kongsi Kenangan Manis Majlis Perkahwinan Beliau

Saya tidak akan melupakan anak-anak ini -Cikgu Inggeris Kongsi Kenangan Manis Majlis Perkahwinan Beliau

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/samuel.isaiah.98/posts/10156282846047793

Seorang cikgu baru-baru ini memuat naik kisah menarik di sebalik majlis resepsi beliau yang berlangsung pada tahun 2017. Cerita yang mungkin biasa bagi sesetengah orang, tapi tidak bagi golongan pendidik. Kalau diberi layanan sebegini pasti terkenang sampai bila-bila.

Cikgu Samuel Isaiah,  Guru Bahasa Inggeris SK Runchang, Muadzam  Pahang yang boleh dikatogerikan sebagai individu yang kuat berjuang untuk pendidikan anak Orang Asli,  menceritakan kisah yang berlaku dua tahun yang lalu ini bermula apabila ada anak murid beliau yang mendapat tahu tentang beliau yang  akan berkahwin.

Dalam sekelip mata cerita tersebut tersebar dan anak murid Samuel yang teruja mula merancang untuk turun hadir ke majlis perkahwinan cikgu kesayangan mereka. Wah mereka yang seronok lebih ! Haha.

Terharu dengan semangat anak-anak didik beliau , Samuel nekad untuk memastikan hajat mereka tercapai.  Beliau turut menerangkan secara terperinci  segala bentuk persiapan yang beliau dengan bantuan rakan guru, lakukan dalam memudahkan urusan anak-anak itu untuk ke majlis. Yelah jaraknya 100km, bukan dekat kan ? Itu pun ada yang terpaksa menaik bas lompat semata-mata untuk sampai ke lokasi majlis.

Mengenai  keadaan dalam majlis pula, segalanya berjalan lancar apatah lagi dengan kehadiran ‘anak-anak’ beliau. Perkara yang paling membuat kan dia terharu adalah apabila beliau dan isteri serta para tetamu dihadiahkan sebuah persembahan tarian oleh anak-anak tersebut;  satu memori indah yang pastinya akan beliau ingati sampai bila-bila.


Saya tidak akan melupakan anak-anak ini kerana hidup saya tidak seperti dulu semenjak bertemu mereka – Samuel Isaiah

Apa yang kita boleh nampak disini adalah betapa akrabnya hubungan antara murid-murid dan guru-guru sehinggakan hampir 100 murid orang asli yang hadir ke majlis resepsi beliau. Satu angka yang agak banyak sejujurnya. Sudahlah perjalanan yang agak jauh ,pergi balik memakan hampir 200km!  Cikgu kegemaran sahaja biasanya yang boleh sampai ke tahap macam ni. Salut untuk mereka! Salut juga untuk Cikgu!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.