fbpx
Now Reading
Cedera di Lutut, Datuk Siti Nurhaliza Berjaya Habiskan Kayuhan 78 km

Cedera di Lutut, Datuk Siti Nurhaliza Berjaya Habiskan Kayuhan 78 km

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa gembira dan syukur apabila dapat menamatkan kayuhan basikal sejauh 78 kilometer malam tadi.

Bagaimanapun, Siti berdepan kemalangan kecil ketika acara terbabit hingga menyebabkan lutut kirinya tercedera.

“Alhamdulillah, medal kedua untuk anakku, Aafiyah.

“Walaupun ibu jatuh, koyak lutut, ibu teruskan hingga ke akhir garisan. Terima kasih #ctdkteam yang banyak beri sokongan,” tulis Siti.

Siti turut memuat naik sekeping foto yang sempat dirakamkan oleh penunggang basikal lain ketika kemalangan terbabit berlaku.

Acara anjuran sebuah bank tempatan itu membabitkan pelumba basikal tempatan dan antarabangsa yang bertanding dalam beberapa kategori mengikut jarak.

Siti dalam entri semalam memaklumkan beliau harus menamatkan acara terbabit sejauh 78 kilometer bermula di lebuh raya Kajang-Seremban.

Momen bermakna yang dikongsikan Siti di akaun Instagramnya itu menyuntik semangat dan inspirasi peminatnya terutama wanita untuk tidak mudah putus semangat biarpun berdepan ujian.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.