Kedah Rangkul Kejuaraan Piala FA 2019
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kedah dengan rasminya menjulang Shopee Piala FA 2019 musim ke-30 selepas menumpaskan Perak dengan keputusan 1-0 pada pentas final di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.
Kedah dilihat memanfaatkan kelebihan yang mereka miliki setelah seorang pemain pasukan Seladang, Amirul Azhan Aznan diarahkan keluar padang gara-gara mengutip kad kuning yang kedua .
Perlawanan yang dilihat seimbang pada separuh masa pertama itu bagaimapun menyebebelahi Kedah hasil dari gol tunggal perlawanan yang dijaringkan oleh pemain gantian Fadzrul Danel Mohd. Nizam pada minit Ke 105 perlawanan selepas masa tambahan.
Kedah dengan ini menambah satu lagi koleksi Piala FA selepas berjaya menjadi juara Piala FA pada tahun 1996, 2007, 2008 dan yang terakhir pada 2017. Tahniah diucapkan pada pasukan Kedah!