fbpx
Now Reading
Syafie Naswip Ditahan Polis Kerana Pernah Cederakan Bekas Tunang

Syafie Naswip Ditahan Polis Kerana Pernah Cederakan Bekas Tunang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon, Syafie Naswip yang baru putus tunang dengan Aishah Azman ditahan polis untuk membantu siasatan kes ugutan dan menyebabkan kecederaan pada Sabtu.

BACA : https://www.buzzkini.com/trending/2019/07/23/dugaan-tunang-terlalu-berat-syafie-naswip-putus-tunang/

Dalam kejadian pada 26 Jun lalu, Aishah, 23, dalam laporannya mendakwa Syafie datang ke rumahnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang kira-kira pukul 9 pagi dan berlaku pertengkaran dalam kereta aktor itu.

Syafie didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Aishah.

Akibat insiden berkenaan, ikatan pertunangan mereka akhirnya putus pada 21 Julai lalu.

Syafie ditahan reman atas tuduhan ugutan dan mencederakan bekas tunangnya pada Sabtu dan dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad.

Aishah mendakwa dia lambat membuat laporan kerana ingin menyelesaikan kes mereka secara baik tetapi suspek didakwa bertindak berlebihan.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan ketika dihubungi mStar mengesahkan Syafie atau nama sebenarnya Mohammad Syafie Naswip, 27, ditahan pada Sabtu bagi membantu siasatan.

Pelakon itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad selepas diambil keterangan.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan melakukan ugutan.

Aishah enggan mengulas mengenai dakwaan dia membuat laporan polis terhadap Syafie.

Pada Selasa lalu, Syafie mendedahkan ikatan pertunangannya dengan Aishah terlerai dengan alasan dia tidak mampu melalui dugaan dalam tempoh pertunangan.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 7 April lalu.

Spekulasi keretakan hubungan Syafie dan Aishah mula diperkatakan apabila mereka memadam foto bersama, selain sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Sumber : Mstar Online

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.