fbpx
Now Reading
Tiada Persefahaman Punca Zahid AF2 Bercerai

Tiada Persefahaman Punca Zahid AF2 Bercerai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah agak lama menyepi dari dunia hiburan, penyanyi Zahid AF2 mengesahkan dia sudah bercerai dengan isterinya, Sarah Julifa Yusof pada 18 Julai lalu.

Zahid menegaskan mereka berpisah secara baik dan langsung tidak melibatkan orang ketiga ataupun berlakunya pergaduhan namun tiada lagi persefahaman sebagai suami isteri.

Betul, saya sudah bercerai iaitu tiga hari sebelum hari jadi bekas isteri pada 21 Julai. Keputusan dibuat bersama dan kami selesaikan cara baik. Lagi pun, sudah hampir setahun kami tidak tinggal sebumbung.

Perceraian adalah jalan terbaik buat kami. Kalau tidak, ia hanya akan lebih memudaratkan hubungan. Kami berpisah secara baik.

Bukan sebab orang ketiga, gaduh atau apa-apa. Cuma, kami sudah tidak ada persefahaman dalam perkahwinan.

Zahid dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Zareef Nufael yang kini berusia lima tahun.

Sumber Berita : Harian Metro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.