fbpx
Now Reading
Resepi Aiskrim Malaysia Ala Magnum

Resepi Aiskrim Malaysia Ala Magnum

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekarang ini tular satu resepi aiskrim Malaysia ala Magnum yang membuatkan warga laman sosial terliur melihatnya lebih-lebih lagi semasa cuaca tengah panas terik.

Seorang pengguna Facebook, Siti Masitah Awang Kechik, berkongsi resepi aiskrim itu di dalam satu group di laman sosial tersebut dan mendapat 6.4 ribu perkongsian.

Bahan

Aiskrim
Separuh tin susu cair
Separuh tin susu pekat
200ml whipping cream (terpulang nak letak atau tak)
1.5 liter air
2 sudu tepung jagung
1/2 cawan gula
Sedikit esen vanila

Coklat
250gm milk chocolate Beryls
250gm dark chocolate Beryls

Cara-cara

– Cairkan coklat guna kaedah double boil.
– Pastikan api tak kuat dan jangan bagi air terpercik ke dalam adunan coklat.
– Dah siap sempurna coklat dicairkan, letak tepi.
– Masuk dalam piping bag & ikat.

– Cara nak letak coklat dalam plastik aiskrim boleh rujuk gambar.
– Selepas itu, untuk aiskrim pula kacau semua bahan dalam periuk tanpa api, lepas sebati baru letak atas dapur.
– Masak dan kacau sampai mendidih.
– Tutup api selepas mendidih.
– Kemudian, tuang adunan aiskrim semasa suam ke dalam plastik aiskrim.
– Sejukkan dalam peti ais beberapa jam atau semalaman.
– Siap! ????

Sumber: FB Siti Masitah Awang Kechik

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.