fbpx
Now Reading
Angkasawan Berjalan Seperti Bayi Bila Pulang ke Bumi

Angkasawan Berjalan Seperti Bayi Bila Pulang ke Bumi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahukah anda, antara risiko besar setiap angkasawan yang terbang jauh ke angkasa adalah kesukaran berjalan selepas pulang ke bumi? Kedengaran pelik kan? Tapi itulah kenyataan nya.

Ini terjadi kerana angkasawan akan kehilangan 2% ketumpatan tulang mereka bagi setiap  satu bulan mereka di angkasa. Ketiadaan graviti menyebabkan tubuh serta tulang mereka kurang digunakan kerana tiada rintangan, menyebabkan ia menjadi lemah dari sehari ke sehari.

Bayangkan kalau lebih lama mereka disana, contohnya 6 bulan, pasti mereka akan kehilangan 12% dari ketumpatan asal tulang mereka.  Ini yang terjadi kepada seorang angkasawan dari Nasa, Komander Drew Feustel yang telah menghabiskan 197 hari beliau di angkasa atau lebih tepat nya di International Space Station (ISS); kira-kira 6 bulan untuk  membuat kajian sebelum di hantar pulang ke bumi.

Drew Feustel sewaktu di ISS . Foto : NASA

Menerusi perkongsian beliau di twitter, beliau telah menunjukkan  satu klip video lama yang memperlihatkan beliau sedang berlatih berjalan umpama seorang bayi saat baru pulang ke bumi.  Kelihatan juga beberapa orang yang membantu dan mengawasi beliau dalam sesi tersebut.

Seperti angkasawan lain, keadaan ini akan berlarutan selama beberapa tahun sehingga mereka pulih sepenuhnya .

Video tersebut setakat ini telah mendapat 4 ribu likes dan 2 juta tontonan. Wow! Kalau di mainkan di youtube mesti dah dapat pulangan bukan ?

Apa-apa pun bagi seorang angkasawan untuk mengelakkan atau mengurankgan risiko perkara ini terjadi adalah dengan bersenam sekurang-kurangya 2  jam setengah setiap hari sepanjang mereka di angkasa. Terbukti memang tak mudah untuk menjadi seorang angkasawan bukan ?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.