fbpx
Now Reading
“Artis muda terlalu obses dengan media sosial” – AC Mizal Komen Tentang Berita Artis Bercerai

“Artis muda terlalu obses dengan media sosial” – AC Mizal Komen Tentang Berita Artis Bercerai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Boleh dikatakan setiap minggu kita akan terbaca tentang berita penceraian sehingga ada sesetengah netizen mengatakan tahun ini, seakan musim untuk selebriti bercerai.

datuk ac mizal dan isteri

Perkara itu bukan sahaja mendapat perhatian netizen tetapi selebriti Datuk AC Mizal yang turut memberikan pandangannya mengenai apa yang berlaku.

AC Mizal menegaskan perkahwinan bukan hanya berlandaskan nafsu dan cinta semata-mata tetapi pelbagai hal lain juga perlu diambil kira. Menurutnya, sesetengah selebriti muda terlalu obses dengan media sosial, tidak sedar mereka membuka aib sendiri dan menjaja kisah peribadi kepada umum.

ac mizal dan keluarga

Apa yang dapat saya simpulkan, ada artis muda terlalu obses dengan media sosial sehingga memberi ruang untuk orang luar masuk campur dalam masalah mereka.

Bagi saya tidak perlu kongsi segala-galanya di media sosial. Malah, rasanya pasangan yang berpisah bukan kerana tiada persefahaman tetapi banyak berselindung.

Tambahnya lagi, pasangan suami isteri seharusnya menjadi kawan baik, berkongsi segala rahsia dan harus bersikap jujur antara satu sama lain. Persefahaman juga penting agar dapat membina hubungan yang harmoni.

Kata-kata nasihat yang sangat bermakna daripada seorang artis senior. Harapnya nasihat AC Mizal ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

Sumber : Media Hiburan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.