fbpx
Now Reading
Rasa Takut Bila Tengok Perempuan Itu Petanda Anda Gynophobia

Rasa Takut Bila Tengok Perempuan Itu Petanda Anda Gynophobia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Andakah anda ada rasa takut saat melihat wanita khususnya yang cantik-cantik? Atau timbul rasa fobia atau tidak selesa jika berdekatan dengan wanita?

Sekiranya jawapan anda ialah ya, anda mungkin menghidap penyakit gynophobia atau turut dipanggil gynephobia.

Secara ringkasnya gynophobia berasal dari gabungan dua perkataan Greek iaitu ‘Gyne’ (wanita) dan ‘Phobia’ (takut).

Namun ia bukan sejenis trauma, sebaliknya hanya satu perasaan takut atau rasa insecure yang boleh dialami oleh kaum lelaki atau kaum wanita terhadap wanita lain.

Gambar Sekadar Hiasan. Foto Adira Salahudi IG : @adirasalahudi

Selain itu penyakit ini juga tiada kaitan dengan misogyny, sindrom yang dialami oleh lelaki-lelaki dalam budaya patriarki yang menampakkan sifat anti-perempuan mereka dan menggangap wanita hanya sebagai sumber masalah.

Apa simptom gynophobia?

Antara gejala yang dialami adalah:

  • Rasa cemas
  • Mual
  • Berpeluh dingin secara tiba-tiba
  • Jantung berdegup agak pantas saat berinteraksi dengan wanita

Venustraphobia takut pada perempuan cantik

Buat anda yang takut perempuan cantik pula, anda mungkin menghidap penyakit venustraphobia.

Simpomnya juga sama seperti gynophobia iaitu rasa cemas, berpeluh dan jantung berdegup laju tatkala melihat wanita cantik.

Penyakit ini meskipun kedengaran pelik namun ianya masih memerlukan rawatan.

Menurut laman HelloDokter, terdapat beberapa kaedah rawatan untuk penghidap Venustraphoba antaranya Terapi perilaku kognitif (CBT) dan terapi paparan.

Mereka juga mungkin perlu mengambil ubatan bagi meredakan gejala yang muncul.

Selain itu pakar menekankan bahawa penyakit ini juga boleh dibendung dengan melakukan beberapa jenis rawatan seperti sesi kaunseling, psikoterapi, hipnoterapi dan Neuro Linguistic Programming (NLP).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.