fbpx
Now Reading
“Saya Terfikir Untuk Mempunyai Aplikasi Mencari Teman” – Elizabeth Tan

“Saya Terfikir Untuk Mempunyai Aplikasi Mencari Teman” – Elizabeth Tan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tarikh 20 Februari 2020 (20.2.20) memang sangat cantik untuk mendirikan rumahtangga. Mesti ramai yang sudah merancang untuk melakukan sesuatu yang istimewa pada tarikh yang hadir sekali seumur hidup itu.

Penyanyi Elizabeth Tan juga sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin pada tarikh tersebut, namun sayangnya, Lizzy masih belum ada bertemu dengan calon suami yang sesuai.

Menurut Elizabeth Tan, sehingga ke hari ini, dirinya masih belum mempunyai teman lelaki. Ini memang satu berita baik untuk lelaki-lelaki di luar sana yang ada menyimpan perasaan kepada Lizzy.

Jangan risau sebab dia pun memang sedang mencari seseorang untuk dijadikan calon suami. Apa pun anda kena mulakan misi mengorat anda hari ini juga, sekurang-kurangnya ada tempoh 6 bulan lagi sebelum 20.2.2020.

Lizzy berkata “Saya hanya rancang untuk kahwin pada tarikh itu. Tapi saya tiada calon lagi. Apa pun kenalah cari supaya saya dapat capai target nak langsung pada date itu.”

“Entahlah, bagi saya tarikh tersebut cukup cantik dan pastinya ramai juga yang akan pilih tarikh berkenaan untuk menjayakan sesuatu yang bermakna dalam hidup mereka. Lagi pula ia hanya hadir sekali dalam hidup kita kan.” Tambahnya lagi.

“Saya jarang keluar rumah. Jadi usaha untuk dapatkan teman lelaki itu agak sukar. Bayangkan sampai masa saya terfikir untuk mempunyai applikasi mencari teman di media sosial.”

Sumber : Media Hiburan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.