Now Reading
8 Istana Filem Disney Yang Wujud Dan Boleh Anda Lawati

8 Istana Filem Disney Yang Wujud Dan Boleh Anda Lawati

Sebut saja kartun animasi Disney selain kartun Mickey Mouse, pasti dalam kepala ksemua orang terbayangkan karya-karya dongeng mereka yang menarik penuh dengan imaginasi dan fantasi  kan? Filem-filem mereka ni bukan saja menarik minat kanak-kanak malahan kita yang dewasa. Yelah, kita pun membesar dengan cerita-cerita dorang ni. 

Yang pasti perjalanan cerita mereka ni mesti penuh dengan elemen putera-puterinya , kuasa magis , sihir, binatang yang boleh bercakap dan karekter jahat yang kadang-kala menyakitkan hati. Tapi untuk kali ini, kami taknak bercerita tentang semua itu Sebab topik kali ini lebih kepada istana-istana cantik yang terdapat dalam animasi mereka.

Adakah anda tahu, istana-istana dalam filem Disney kebanyakannya diinspirasi dari istana-istana sebenar yang ada diserata dunia . Dalam erti kata lain, istana tersebut memang wujud! Scroll ke bawah untuk lihat senarai istana tersebut.

#1 Snow White

Istana milik Queen dalam filem Snow White ini diilham kan dari Istana Alcazar, di Segovia Sepanyol . Bangunan yang dibina pada abad ke 12 ini dulunya merupakan istana, sebelum di tukar menjadi kolej, malah pernah di jadikan markas tentera, penjara dan kini sebuah muzeum.

#2 Aladdin : Taj Mahal

Rasanya tengok dari bentuk semua orang dah perasankan yang istana milik Sultan dalam Filem Aladdin ni ilham dari Taj Mahal, bangunan yang di bina oleh Shah Jahan untuk isteri beliau pada tahun 1632.

#3 The Little Mermaid : Istana Chillon

Istana milik Prince Eric dalam The Little Mermaid di inspirasikan dari Istan Chillon yang terletak di Switzerland. Pengunjung boleh datang sendiri ke sini atau ditemani tourist guide. Namun yang paling menariknya adalah istana ini boleh disewakan untuk majlis keramaian. Hmmmm. Bagi yang nak berkahwin ala-ala putera-puteri dari filem Disney boleh la cuba!

#4 Brave : Istana Dunottar

Filem Brave yang mengisahkan tentang Princess Merida of Bunroch, anak kepada seorang Raja dari Scotland . Jadi nak bagi nampak real, mesti mereka gunakan istana yang mempunyi ciri-ciri lanskap bangunan dari Scotland bukan? Istana mereka dalam filem itu diilhamkan dari Istana Dunnottar yang terletak di Stonehaven, Scotland .

#5 Cinderella : Istana Neuschwanstein

Rasanya ini istana paling famous antara semua istana dalam filem Disney. Istana kepunyaan Prince Charming dari filem Cinderella ini diilihamkan dari Istana Neuschwanstein di Schwangau , Germany yang di bina pada tahun 1892.

See Also

#6 Frozen : Hotel De Glace Canada

Frozen ,filem animasi terlaris sepanjang zaman yang menjadi satu fenomena di negara kita malah di seluruh dunia. Cakap je mesti semua orang tau kan? Istana ais yang dicipta oleh Elsa sewaktu melarikan diri ini diilhamkan dari sebuah hotel di Quebec , Canada. Hotel De Glace ini dibina sepenuhnya menggunakan ais. Unik bukan?

7# Tangled : Mont Saint-Michel

Istana Rapunzel dalam cerita Tangled ini diilhamkan dari Mont Saint Michel yang terletak di Normandy , France. Bangunan yang dulunya gereja ini kini menjadi tumpuan pelancong kerana pemandangan nya yang cantik

#8 Beauty and The Beast : Chateau Du Gambord

Peminat Beauty and The Beast klasik ataupun yang terbaru (lakonan Emma Watson) bolehlah melawat ‘istana Beast’ ini di Chambord, Loir-et-Cher , France. Apa yang membezakan Chateau Du Gambord dengan istana Beast hanyalah ketiadaan jam dan lilin yang boleh bercakap je . Haha!

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.