fbpx
Now Reading
Sering Minum Bubble Tea, Budak 8 Tahun Meninggal Akibat Kanser Buah Pinggang

Sering Minum Bubble Tea, Budak 8 Tahun Meninggal Akibat Kanser Buah Pinggang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kanak-kanak sememangnya memerlukan makanan yang sihat dan cukup nutrisi untuk tumbesaran mereka. Jika ibu bapa membiarkan anak-anak mengambil makanan kegemaran mereka secara berlebihan, ia boleh beri kesan buruk pada kesihatan mereka.

Seperti yang terjadi pada seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun di China ini, bapa kepada kanak-kanak tersebut menyesal kerana membenarkan anaknya makan terlalu banyak pencuci mulut dan minuman bubble tea.

Menurut laporan Seehua, bapa kanak-kanak tersebut yang merupakan chef dessert akan membawa pulang  pencuci mulut dan bubble tea setiap kali kali pulang dari kerja sejak usia anaknya dua tahun lagi.

Tahun demi tahun, berat anak perempuannya naik mendadak dan awal Januari lalu anaknya mengadu sakit perut berterusan. Keadaan anaknya semakin teruk dan berat badannya turun mendadak dalam beberapa hari saja dan terus dikejarkan ke hospital.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati hati dan buah pinggang kanak-kanak tersebut rosak teruk. Malah turut disahkan menghidap kanser buah pinggang. Bapanya mengakui anaknya mengambil bubble tea dan dessert setiap hari.

Doktor juga mendedahkan tabiat pengambilan dessert dan bubble tea berlebihan mungkin menyebabkan penyakit kanak-kanak tersebut.

Malah, doktor juga memberitahu kepada bapa kanak-kanak tersebut bahawa makanan manis tidak baik untuk buah pinggang lebih-lebih lagi jika diambil setiap hari.

Bapa kanak-kanak tersebut menangis dan menyesal di atas tindakannya. Malah, dia turut menyalahkan dirinya kerana menjadi punca anaknya jatuh sakit. Malangnya, kanak-kanak itu tidak dapat bertahan dan meninggal dunia selepas 30 hari mendapatkan rawatan.

Sumber : Vitdaily

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.