fbpx
Now Reading
Usahawan Durian dan Buah-buahan Jana RM 8 Juta Sebulan! Wow!

Usahawan Durian dan Buah-buahan Jana RM 8 Juta Sebulan! Wow!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalau Durian adalah Raja Buah. Lelaki ini adalah Raja Durian!

Foto : Utusan

Mari kami kenalkan Chin Ken Soon, 38 seorang usahawan Agro yang berjaya dari Negeri Sembilan. Percaya atau tidak , dia mengusahakan lebih 80 hektar tanaman buah-buahan di Pahang , dari durian kampung sampailah ke musang king. Semua dia ada!

Wahhhh banyaknya nya!

Dia yang ditemui mengatakan kutipan hasil penjualan durian di dalam negara sahaja boleh mencecah  RM 4 juta sebulan. Manakala keuntungan selebihnya diperolehi adalah melalui hasil eksport  buah-buahan tropika tempatan yang lain seperti betik, belimbing, tembikai dan manggis .

Antara negara yang membawa masuk hasil tanaman miliknya adalah China, Arab Saudi dan beberapa negara di Eropah dengan purata sebanyak 100 Tan Sebulan.Wah nak dekat 8 kontenta tu!!

Kami di fahamkan usahawan Agro ini sedang melebarkan perniagaan dengan membuka beberapa gudang durian di sekitar Negeri Sembilan . Gudang pertama beliau yang pertama kini boleh dikunjungi di Temiang, Seremban.

Moga semakin maju dan sukses Chin Ken Soon!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.