fbpx
Now Reading
7 Tips Berkesan Untuk Lembutkan Daging Merah

7 Tips Berkesan Untuk Lembutkan Daging Merah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjelang Hari Raya Aidil Adha, semestinya peti sejuk kita akan penuh dengan daging korban yang dihadiahkan oleh jiran-jiran. Tapi setiap kali nak masak, kita akan risau jika daging tersebut liat walaupun selepas dimasak lama. Mood makan terus hilang kerana penat mengunyah daging yang tidak empuk.

Usah khuatir, apa kata anda ikut sahaja tips yang dikongsikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang di bawah. Semoga bermanfaat.

Raya Haji dah nak dekat ni, orang kata, just around the corner. Mesti ramai-ramai pakat nak masak kari daging lah, masak lomak lah, rendang daging lah.

Ini 7 cara untuk lembutkan daging.

1. Masukkan sudu besi

Walaupun macam pelik, tapi sebenarnya sudu dapat meningkatkan suhu dalam periuk. Secara tak langsung, daging pun dimasak dengan suhu yang mencukupi. Pastikan sudu bersih dan tak berkarat. Daging tak liat, perut tak sakit.

2. Betik muda

Potong buah betik muda sederhana kecil dan rebus bersama daging. Kalau tak ada buah betik muda, boleh gunakan batang betik. Korang tau tak, buah betik ada enzim yang boleh melembutkan daging!

3. Cuka

Gunakan sedikit cuka makan ke dalam rebusan atau perap bersama daging beberapa jam sebelum dimasak. Sumber asid dikatakan dapat melembutkan struktur daging dengan cepat. Tapi sebelum tu, Korang kenalah pastikan daging dinyahbeku dengan betul.

4. Baking soda

Selain itu, korang juga boleh menggunakan baking soda untuk melembutkan daging dengan cepat. Caranya, perapkan daging dengan baking soda selama sekurang-kurangnya 15 minit. Kemudian, bilas bersih-bersih sebelum dimasak. Pas

5. Cara memotong

Pastikan potong daging berlawanan dengan urat daging tu. Bila masak pula, pastikan periuk ditutup. Barulah daging akan cepat lembut. Tapi jangan pula Korang gunakan papan pemotong daging tadi untuk potong sayur pulak. Tak pasal-pasal sakit perut.

6. Kurma

Buah kurma atau bijinya adalah antara bahan yang boleh melembutkan daging. Letakkan 4-5 biji buah kurma ke dalam daging yang sedang dimasak dan daging akan melembut dengan cepat. Ia juga akan menjadi pemanis semulajadi yang enak apabila dimasak.

7. Pressure cooker

Akhir sekali, zaman kan dah moden. Apa susah-susah, guna je pressure cooker nak lembutkan daging.

Selamat mencuba!

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.