fbpx
Now Reading
“Ini karakter sebenar saya demi mengejar cita-cita sebagai penyanyi antarabangsa” – Fathia Latiff

“Ini karakter sebenar saya demi mengejar cita-cita sebagai penyanyi antarabangsa” – Fathia Latiff

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak membuat keputusan untuk tidak lagi mengenakan tudung selepas tiga tahun berhijab, nama Fathia Latiff tidak pernah terlepas daripada kecaman netizen. Sehingga kini, ruangan komen akaun Instagramnya masih lagi ditutup.

Mengakui masih lagi menerima komen kecaman daripada netizen, namun Fathia berkata dia akan tetap mengekalkan imej tidak bertudung demi mengejar cita-citanya dalam bidang nyanyian.

BACA : https://www.buzzkini.com/trending/2019/01/27/video-wanita-mirip-fathia-latiff-tak-berhijab-berkaraoke-tular-biar-betul/

“Tidak dinafikan saya masih mendapat komen negatif daripada masyarakat, namun saya anggap mereka berkata demikian kerana sayangkan saya.

“Apa yang boleh saya katakan ialah ini karakter sebenar saya demi mengejar cita-cita sebagai penyanyi antarabangsa,” katanya kepada mStar Online.

Menyedari tindakannya itu adalah salah disisi agama, namun Fathia berkata dia berharap akan bertemu dengan bakal suami yang akan membimbingnya menjadi insan lebih baik.

“Saya faham apa yang saya lakukan adalah salah disisi agama, saya akui diri ini jahil. Namun siapa tahu saya bakal menemui calon suami yang dapat membimbing diri ini ke arah yang lebih baik suatu hari kelak,” ujarnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.