fbpx
Now Reading
“Tak mintak lebih pun cuma jagalah nama”- Alif syukri Di Tegur Isteri Kerana Video Nyanyian di IG?

“Tak mintak lebih pun cuma jagalah nama”- Alif syukri Di Tegur Isteri Kerana Video Nyanyian di IG?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B1PzCT2lJR2/https://www.instagram.com/p/B1Lv5Y8npk8/

Dato Alif Syukri hari ini menerusi posting di Instagram nya dilihat memuat naik satu screenshot(SS) whatsapp perbualan antara dia dan isterinya, Datin Shahida yang sedang mengerjakan ibadan haji di Makkah.

Kelihatan di SS tersebut adalah teguran dan nasihat isterinya tanpa diketahui punca sebenarnya, namun kalau diselidik dari lebihan gambar yang pada bahagian atas SS tersebut ianya seperti berkait rapat dengan video nyanyian Aliff Syukri dan seorang lagi usahawan terkenal, iaitu Sajat yang telah dimuat naik beliau pada posting yang sebelum-sebelumnya.

Kenapa buat video macam ni ? “Tak mintak lebih pun cuma jagalah nama, jagalah maruah . Matlamat tak menghalalkan cara 

“Sia-sia pesanan sayang dekat B sebelum sayang pergi” -Datin Syahida

Alif Syukri turut dilihat memuat naik kapsyen di posting yang sama seperti mengharapkan orang lain untuk cuba memahami kareernya sebagai seorang usahawan dan minat nya terhadap muzik.

“Di mana patut saya  mengadu lagi?? Menjadi orang seperti saya bukanlah perkara  yang mudah, antara bisnes dan bakat terpendam. Bagi saya untuk memahami semua orang , saya  tak mampu.

“Tiada ada orang yang menghargai bakat saya , saya akan buktikan lagu #cowokbaru akan meletop no1.”

Di jengah ke ruangan komen , rata-rata peminat mengiyakan dan bersetuju dengan tindakan isteri nya kerana teguran tersebut sebenarnya adalah teguran membina, malah ia memang seharusnya dilakukan oleh mana-mana orang yang berakal bagi memastikan pasangan nya sentiasa di atas landasan yang betul.

Malah kami sendiri turut bersetuju dengan teguran Shahida demi menjaga maruah dan nama baik suaminya sebagai seorang yang bergelar figura umum.

P/S : Video yang dikatakan menjadi punca teguran di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.