fbpx
Now Reading
Tarik Lagu Tinggi Masa Karaoke Sebabkan Paru-Paru Lelaki Ini ’Runtuh’

Tarik Lagu Tinggi Masa Karaoke Sebabkan Paru-Paru Lelaki Ini ’Runtuh’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki dari Nanchang, China dilaporkan runtuh paru-paru selepas menyanyikan sebuah lagu. Lelaki berkenaan dikatakan menyanyikan lagu yang agak tinggi note, hingga menyebabkan beliau mulai rasa sakit dada. Bagaimana pun, beliau tidak mengendahkan rasa sakit itu sehinggalah keesokkan harinya.

paru-paru runtuh lepas ‘tarik’ lagu tinggi masa karaoke
Sumber: Weibo

Lelaki berusia 65 tahun ini berkata, beliau tidak pernah mengalami sebarang masalah untuk menyanyikan lagu terbabit, sehinggalah beliau mengalami masalah pernafasan selepas sesi karaoke.

paru-paru runtuh lepas ‘tarik’ lagu tinggi masa karaoke

Doktor yang membuat pemeriksaan mendapati, paru-paru lelaki ini telah runtuh akibat tekanan udara yang tinggi berpunca daripada nyanyian lagu yang tinggi note.

Sumber: South China Morning Post

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.