fbpx
Now Reading
Gambar Mowgli Malaysia Sekali Lagi Membanggakan Kita di Rome !

Gambar Mowgli Malaysia Sekali Lagi Membanggakan Kita di Rome !

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/nazri.sulaiman.7/posts/2616471458365924

Ingatkah anda dengan gambar Mowgli Malaysia? Satu gambar unik dan kreatif yang memperlihatkan seorang anak kecil dari desa ligat bermain bersama kerbau milik bapanya. 

Mowgli Malaysia Foto: Nazri Sulaiman FB: Nazri.Sulaiman.7

Gambar adik Mohd Syukor Khamis yang diberikan jolokan Mowgli Malaysia itu sekali lagi menarik perhatian dunia apabila potretnya terpilih untuk dipamerkan di galeri di Rome , Italy dan beberapa negara lain sekitar Eropah tidak beberapa lama lagi.

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh pemilik gambar tersebut iaitu juru foto, Nazri Sulaiman di facebooknya.

Nazri Sulaiman Salah seorang juru foto yang mengetengahkan Mowgli Malaysia

Nazri sama sekali tidak menyangka yang gambar  itu akan terpilih untuk di pamerkan di galeri penuh berprestij bermula dari 25 sept ini

Alhamdulillah, gambar saya terpilih untuk dipamerkan di galeri di Rome, Italy dan beberapa negara sekitar Eropah.

“Adik Syukor Khamis Kampong Boy sampai Eropah gambar mu ni.

“Kebanggaan Terengganu dan kebanggaan Malaysia. Alhamdulillah,” ujarnya 

Dia turut dengan naik kenyataan dari pihak penganjur 

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan rasa bangga mereka atas kejayaan Nazri dan Adik Syukor menaikkan nama Malaysia.

Sebelum ini , gambar tersebut pernah merangkul anugerah Street/People Photographer of The Year Asian Geographic – Image of Asia 2018 dan Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Italy.

Mowgli Malaysia bersama Jalur Gemilang Foto : Dalleh Deen FB : DollahDeen

Gambar itu jugalah yang menjadi punca inspirasi untuk telemovie ‘Kisah Budok kuba’ terbitan Arie Zaharie production yang turut menampilkan adik Syukor sebagai pelakon utamanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.