fbpx
Now Reading
Unik! Rumah Dua Negara, Bahagian Dapur Di Malaysia & Ruang Tamu Di Indonesia

Unik! Rumah Dua Negara, Bahagian Dapur Di Malaysia & Ruang Tamu Di Indonesia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/osman.saide.3/posts/2454886664578789

Banyak dengar pasal rumah cantik kan ? Apa kata kalini kita dengar cerita mengenai rumah unik pula yang jarang di temui di mana-mana tempat dalam dunia ; oh kecuali anda mampu melancong ke Eropah lah!

Kenapa rumah ini unik?

Rumah ini dikatakan unik kerana Ia dibina di atas garisan perbatasan antara  dua negara! Dapurnya terletak di negara kita Malaysia manakala ruang tamunya di negara jiran Indonesia. Ha! Unik kan ?? Ini kerana Pulau Sebatik terbahagi kepada 2 bahagian, yang mana utaranya adalah tanah Malaysia manakala bahagian selatan nya pula ada tanah Indonesia.

Rumah yang terletak di Sungai Aji Kuning, Pulau Sebatik, iaitu timur laut Kalimantan ini dikatakan telah dibina pada tahun 1970an.

Foto : Utusan

Seorang pengguna facebook, Osman Saide yang berasal dari Tawau telah berkongsi di akaun miliknya tentang pengalaman beliau sewaktu mengunjungi rumah unik tersebut.

Sempadan kawasan kedua-dua negara didalam rumah ini terletak betul-betul di tengah-tengah rumah iaitu terdapat tanda sempadan di laluan jalan dari arah ruang tamu menuju ke ruang dapur rumah” tulisnya

Dia turut berseloroh dengan menyatakan fikirannya keliru samaada dia berada di Malaysia atau pun di Indonesia.

“Merasakan sebagai satu pengalaman sangat bermakna semasa berada di dalam rumah ini, sesekali terfikir-fikir secara keliru ‘aku sebenarnya berada di Malaysia atau di Indonesia?, sekejap ke dapur (ke Malaysia) dan sekejap ke ruang tamu (ke Indonesia), eh pening !?!? Haha !

Pos Sempadan Satgas Pamtas 614 Raja Pandhita di Aji Kuning

Perkara yang menarik perhatian Osman yang difahamkan adalah seorang wartawan dari RTM ini, ialah bahagian depan rumah ini telah dicat dengan warna merah putih yang melambangkan warna bendera negara Indonesia manakala di bahagian beranda dapurnya pula terdapat bendera jalur gemilang yang dikibarkan.

Gambar Keadaan Depan Rumah 2 Negara Sumber dari Youtube : Thompelika Doang

“Apa yang menariknya di rumah dua negara ini, di kawasan negara Indonesia rumah ini telah di cat berwarna merah dan putih iaitu simbolik kepada bendera negara Indonesia di keseluruhan dinding pada luar rumah sebagai persiapan menyambut 17 Agustus iaitu hari kemerdekaan negara Indonesia yang jatuh pada sabtu ini, manakala di kawasan Malaysia iaitu di dapur terdapat bendera jalur gemilang dipasang berkibar di bahagian beranda dapurnya.

“Sesekali terfikir juga, pemilik rumah ini adakah memiliki dua taraf kewarganegaraan? Haha abaikan soal itu, asalkan ianya unik dan jadi tumpuan umum” ujarnya lagi.

Dapur yang dikatakan berada di kawasan Malaysia – Sumber Foto : Youtube Thompelika

Dipetik dari hasil temu bual Utusan bersama Ketua Daerah Sebatik Tengah, Harman,  kebanyakan penduduk di Desa Aji Kuning adalah warganergara Indonesia, mereka pada awalnya tidak mengetahui bahawa Patok 3 merupakan tanda sempadan antara kedua-dua negara kerana pada tahun 60-an status kedua-dua negara masih belum diketahui.

Malah hubungan kekeluargaan yang rapat di antara penduduk di situ dengan jiran mereka yang di sempadan Malaysia menyebabkan mereka semua tidak menghirau kan tanda sempadan berkenaan.

Carian kami telah menemukan  sebuah video milik Thompelika Doang yang telah menemu bual pemilik rumah unik tersebut yang bernama Mangapara seorang rakyat Indonesia. Tidak pasti jika rumah tersebut rumah yang sama tapi deskripsi berdasarkan temu bual dan reka bentuk dalaman dan luaran rumah, ia memang sepadan walaupun cat didalamnya kelihat berbeza. Mungkin disebabkan video tersebut telah dimuat naik 2 tahun lalu , iaitu pada 2017 sebelum pemilik menukar warna di bahagian dalamnya.

Video nya dibawah ni Gais!

Apa pun status pemilik rumah ini,semoga rumah tersebut kekal miliknya dan diharap dapat ditambah baik memandangkan rumah ini pasti menjadi tumpuan orang ramai selepas ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.