fbpx
Now Reading
Utusan Malaysia Akan Ditutup Rabu Ini ? Tak Bayar Gaji 3 Bulan

Utusan Malaysia Akan Ditutup Rabu Ini ? Tak Bayar Gaji 3 Bulan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Utusan Malaysia surat khabar berbahasa melayu tertua di Malaysia didakwa akan memberhentikan operasi cetakan mereka di Malaysia bermula rabu ini  ke satu tarikh yang tidak dedahkan, dakwa beberapa pekerja.Didakwa turut menyertainya adalah Kosmo! Dan beberapa majalah lagi di bawah milik Utusan Melayu (M) Sdn Bhd

Utusan sebelum ini sudah beberapa bulan berdepan dengan masalah kewangan sehingga gagal membayar bayar gaji kepada pekerja hampir 3 bulan.

Kredit : NUJ Utusan

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ ) Malaysia Cawangan UTUSAN, Mohd Taufek Razak yang ditemui rakan media dari akhbar lain berkata, hasil pebincangan NUJ yang diadakan dengan pengurusan tertinggi syarikat itu ialah sekiranya aset-aset milik Utusan  tidak dapat dijual dalam tempoh terdekat, mereka tidak ada cara lain selain menutup operasi Utusan Malaysia.

Taufek memaklumkan bahawa dia dan beberapa wakil telah diberitahu bahawa pihak syarikat sudah tidak mempunyai peruntukan untuk membayar gaji pekerja dan menanggung kos operasi.

Keputusan itu telah dibuat oleh pengurusan tertinggi Utusan pada satu mesyuarat lembaga pengarah yang dijalankan pada pagi semalam (isnin)

Pihak NUJ Utusan bagaimanapun menganggap isu penutupan hanyalah ‘khabar angin’ dan belum secara rasmi selagi tiada pekeliling yang diterima oleh mereka.

Kredit : NUJ Utusan

Utusan Malaysia yang dahulu nya dikenali sebagai Utusan Melayu dengan menggunakan bahasa jawi telah diasaskan oleh Bapa Wartawan Malaysia, Abdul Rajim Kajai dan Yusof Ishak , Presiden pertama Singapura sebelum ditukar kepada Utusan Malaysia  pada Sept 1 , 1967.

Apa-apa pun diharap kemelut ini dapat diselesaikan segera dan semoga ada pihak yang sudi mengambil alih Utusan ini  bagi memastikan syarikat akhbar ini masih utuh dan beroperasi.

Terdahulu hampir 100 kakitangan syarikat utusan melancarkan piket di luar ibu pejabat utusan di Chan Sow Lin bagi menuntut gaji mereka yang tertunggak hampir 3 bulan .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.